Thursday, March 31, 2011

Warga Emas yang aktif.

Semasa aku berjoging dan berjalan jalan untuk mengeluarkan peluh diTaman Tasik Raub, bertemu dengan warga emas berbangsa Sikh juga sedang berjalan jalan beriadah untuk mengeluarkan peluh. Ku lihat beliau setiap pagi ada disini, sekurang2nya 2 atau 3 pusingan beliau berjaya mengilingi tasek ini. Orangnya tegap, sihat dan cergas. Umurnya sudah melebihi 90 tahun.

                                                            Warga emas berbangsa Sikh.

                                                               Kad pengenalan beliau.

Apa yang menggembirakan ialah beliau seorang yang peramah. Mempunyai pengalaman yang luas tentang hal2 sejarah negara dari sebelum merdeka lagi. Menurut cerita beliau, beliau dilahirkan dinegeri Punjab, India. Beliau datang ke Tanah Melayu pada masa tu ketika berumur 24 tahun, pada tahun 1945. Pada masa itu India dan Tanah Melayu sama2 dijajah oleh bangsa Inggeris. Pihak Inggeris telah membuat tawaran kepada orang2 Sikh untuk menjadi Polis diTanah Melayu. Beliau telah tertarik dan menerima tawaran tersebut . Maka berangkatlah beliau ke Tanah Melayu pada tahun 1945 dan bertugas sebagai Polis.

Apabila Tanah Melayu memperolihi kemerdekaan pada tahun 1957, beliau dan juga rakanya menyuarakan hasrat untuk kembali ke India kepada penjajah Inggeris. Pihak Inggeris menyatakan bahawa mereka adalah pegawai tetap dengan kerajan, jadi apabila kerajaan Malaya pimpinan Tengku Abd Rahman ambil alih kuasa maka kakitangan yang ada menjadi kakitangan bagi kerajaan yang baru pula. Maka beliau teruslah menjadi Polis sehinggalah beliau bersara pada tahun 1976. Sekarang beliau adala pesara Polis.

                                                                   Kad Pesara Polis.



Gelagat beliau ketika berjoging.

Sekarang beliau telah pun lama bersara, tinggal diBukit Koman seorang diri kerana isterinya telah meninggal. Mempunyai 4 orang anak, 3 lelaki dan 1 orang perempuan. 2 anaknya tinggal diAmerika Syarikat dan dua orang lagi masih diMalaysia. Ketika musim duku atau durian beliau menjualnya secara kecil2an kerana beliau mempunyai pokok duku dan durian diseliling rumahnya.
Kalau anda hendak mendengar cerita2nya sama ada cerita lucu atau cerita sejarah yang beliau alaminya, carilah beliau disekitar kedai kopi diBukit Koman.

Sekian cerita individu yang hebat.

1 comment:

  1. Banyak nostalgia manis pahit yang dilalui Hansa Sigh sepanjang hidup yang panjang.Jarang sangat dah kita jumpa punjabi berserban.Ini generasi yang ada jati diri sebenar sebagai punjabi.

    ReplyDelete