Thursday, March 31, 2011

Warga Emas yang aktif.

Semasa aku berjoging dan berjalan jalan untuk mengeluarkan peluh diTaman Tasik Raub, bertemu dengan warga emas berbangsa Sikh juga sedang berjalan jalan beriadah untuk mengeluarkan peluh. Ku lihat beliau setiap pagi ada disini, sekurang2nya 2 atau 3 pusingan beliau berjaya mengilingi tasek ini. Orangnya tegap, sihat dan cergas. Umurnya sudah melebihi 90 tahun.

                                                            Warga emas berbangsa Sikh.

                                                               Kad pengenalan beliau.

Apa yang menggembirakan ialah beliau seorang yang peramah. Mempunyai pengalaman yang luas tentang hal2 sejarah negara dari sebelum merdeka lagi. Menurut cerita beliau, beliau dilahirkan dinegeri Punjab, India. Beliau datang ke Tanah Melayu pada masa tu ketika berumur 24 tahun, pada tahun 1945. Pada masa itu India dan Tanah Melayu sama2 dijajah oleh bangsa Inggeris. Pihak Inggeris telah membuat tawaran kepada orang2 Sikh untuk menjadi Polis diTanah Melayu. Beliau telah tertarik dan menerima tawaran tersebut . Maka berangkatlah beliau ke Tanah Melayu pada tahun 1945 dan bertugas sebagai Polis.

Apabila Tanah Melayu memperolihi kemerdekaan pada tahun 1957, beliau dan juga rakanya menyuarakan hasrat untuk kembali ke India kepada penjajah Inggeris. Pihak Inggeris menyatakan bahawa mereka adalah pegawai tetap dengan kerajan, jadi apabila kerajaan Malaya pimpinan Tengku Abd Rahman ambil alih kuasa maka kakitangan yang ada menjadi kakitangan bagi kerajaan yang baru pula. Maka beliau teruslah menjadi Polis sehinggalah beliau bersara pada tahun 1976. Sekarang beliau adala pesara Polis.

                                                                   Kad Pesara Polis.



Gelagat beliau ketika berjoging.

Sekarang beliau telah pun lama bersara, tinggal diBukit Koman seorang diri kerana isterinya telah meninggal. Mempunyai 4 orang anak, 3 lelaki dan 1 orang perempuan. 2 anaknya tinggal diAmerika Syarikat dan dua orang lagi masih diMalaysia. Ketika musim duku atau durian beliau menjualnya secara kecil2an kerana beliau mempunyai pokok duku dan durian diseliling rumahnya.
Kalau anda hendak mendengar cerita2nya sama ada cerita lucu atau cerita sejarah yang beliau alaminya, carilah beliau disekitar kedai kopi diBukit Koman.

Sekian cerita individu yang hebat.

Kecantikan Gadis2 Arab

Walau pun negara2 Arab dilanda pergaduhan dan peperangan, gadis2nya tetap cantik dan terpesona apabila dipandang. Lihatlah kejelitaan yang terpancar diwajah2 mereka.


                                                                       Gadis Bahrain.

                                                                    Gadis Arab Saudi.

                                                                           Gadis Iraq.

 
                                                                      Gadis Kuwait.

                                                                        Gadis Mesir.

                                                                       Gadis Palestin.

                                                                        Gadis Sudan.

                                                                         Gadis Iran.

                                                                     Gadis Maghribi.

                                                                         Gadis Syria.

Satu anugerah yang tak ternilai harganya selain dari limpahan  emas hitam dari perut buminya (minyak la tu).

Tuesday, March 29, 2011

Berjumpa dengan bekas buruh paksaan tentera Jepun.

Satu pertemuan tak sengaja dengan seorang warga emas 'bekas buruh paksaan ' tentera Jepun. Berumur 92 tahun masih sihat lagi orangnya. Berasal dari Kuala Krai, Kelantan.


                                         Bekas buruh paksaan Jepun Che Hassan Bin Othman.

                     Kad pengenalannya dengan jelas tercatit tarikh lahirnya 31/10/1921.

Beliau menjelaskan, beliau telah dibawa oleh tentera Jepun ke Burma untuk bekerja sebagai buruh paksaan membuat landasan keretapi sekitar tahun 1942. Ketika itu beliau berumur 24 tahun. Sampai disana beliau dipaksa bekerja tanpa rehat. Sesiapa dikalangan buruh paksaan itu sakit atau tidak daya bekerja, buruh itu dibunuh oleh tentera Jepun bagi mengelakkan kerugian kepada pihak Jepun. Walau  pun kesusahan yang amat sangat ketika menjadi buruh paksaan, beliau berjaya juga harungi selama 4 tahun.

Akhirnya pada tahun 1946, beliau dengan nekadnya telah melarikan diri dari tentera Jepun dengan meredah hutan belantara. Seterusnya menaiki keretapi menuju ke Hadnyai. Dari Hadnyai naik keretapi lagi sehinggalah beliau tiba di Golok. Usaha melarikan diri itu memakan masa selama 2 bulan sehingga akhirnya beliau sampai ke kampong halamannya iaitu Kg Pahi, Kuala Krai Kelantan.

Sekembali di kampongnya beliau telah cuba bermacam pekerjaan, akhirnya beliau berjaya menjadi Polis. Beliau berkahwin dengan gadis sekampongnya dan dikurniakan dua orang anak perempuan. Sekarang ini beliau adalah seorang pesara Polis.

                                                        Kad ahli Persatuan Polis Malaysia.

Sekarang beliau menetap dikampung halamannya diKuala Krai bersama isterinya. Beliau masih sihat, masih boleh berjalan jalan, pendengaran dan penglihatannya masih jelas. Tetapi isterinya sekarang terlantar sakit stroke. Walau bagaimana pun, dalam usia2 emas ini beliau masih lagi dapat berbakti kepada anak bangsanya dengan mengajar membaca Alquraan. Anak2 muridnya terdiri dari anak2 sekolah dan ada juga orang2 dewasa.

Akhir kata aku sungguh bertuah kerana bertemu dengan warga emas ini yang penuh dengan pengalaman2 bersejarah. Semuga cerita2 beliau tadi dapat kita simpan dan hayati sejarah ini untuk kita bina masa hadapan anak cucu kita.

Monday, March 28, 2011

Bual mesra dan dialog dengan Dr Ng Yen Yen (Ahli Parlimen Raub).

Satu perjumpaan berbual mesra dan dailog dengan Dr Ng Yen Yen telah diadakan diDewan Serbaguna Kampong Sempam Baru. Majlis ini dianjurkan oleh JKK Kapong Sempam Baru dan tetamu istimewa adalah YB Dr Ng Yen Yen Ahli Parlimen Raub. Kira2 50 - 60 orang penduduk Kampong Sempam Baru telah menghadirinya.


                                                                   YB Dr Ng Yen Yen.


                                                            Ketibaan Yb Dr Ng Yen Yen



                                          Disambut dengan paluan kompang oleh anak2 muda.

                                            YB Dr Ng Yen Yen bersama JKK Kg Sempam Baru.
                                                 Tuan Hj Burhan sedang mempengerusikan majlis.

                                            Orang ramai yang hadir dalam perjumpaan tersebut.

                        Pengurusi JKK / Ketua Kampong Sempam Baru Tuan Hj Mohamad sedang berucap.

Masing2 penuh khusyuk mendengar ucapan Tuan Hj Mohamad.
                                                  Kaum wanita juga hadir pada perjumpaan ini.
YB Dr Ng Yen Yen sedang berucap.

Barisan JKK Kg Sempam sedang mendengar ucapan YB Dr Ng Yen Yen dengan penuh minat.

                 Para hadirin pun sedang mendengar ucapan YB Dr Ng Yen Yen dengan penuh minat.

           Pengurusi Taman Mutiara 1,En Abd Rahim Bin Mat Jam sedang bertanya sesuatu kepada YB.

                                          Wakil Pemuda Sempam Baru sedang menanyakan soalan.

             YB Dr Ng Yen Yen dengan bergayanya sedang menjawab soalan yang telah dikemukakan.

Setelah majlis bual mesra dan dailog selesai, hadirin dijemput ke jamuan minum teh malam.

                                        





Majlis berakhir dengan YB Dr Ng Yen Yen minum dan bergambar bersama2 pemuda2 dan pemain kompang Kampong Semapam Baru.





Sunday, March 27, 2011

Satu ketika diwaktu malam.

                                            Ronda ronda melihat keindahan  diwaktu malam

Dewan Jubilee Perak.
Bangunan MDR.
                                                  Bangunan MDR dilihat dari Dataran Raub.

                                                            Bangunan diDataran Raub.

                                                  Dataran Raub dilihat dari hadapan MDR.


                                                       Masjid Tengku Abu Bakar. Raub.

                                                    Wakaf Masjid Tengku Abu Bakar.

Bangunan Mahkamah Raub.
Bandar Raub.



Bangunan Baru Ibu Pejabat  Polis Raub.
Bangunan lama Ibu Pejabat Polis Raub.


Rumah Rehat Raub.
Sekadar itu dulu yang dapat diambil gambar2 bangunan sekitar Raub pada waktu malam. Jelas ternampak keindahan yang terpancar pada bangunan2 ini apabila dilimpahkan cahaya lampu pada waktu malam. Diharap ada lagi bangunan2 yang cantik disekitar ini dipasang dengan lampu2 limpah bagi menaikkan seri dan cahaya pada bangunan2 tersebut.