Tuesday, March 29, 2011

Berjumpa dengan bekas buruh paksaan tentera Jepun.

Satu pertemuan tak sengaja dengan seorang warga emas 'bekas buruh paksaan ' tentera Jepun. Berumur 92 tahun masih sihat lagi orangnya. Berasal dari Kuala Krai, Kelantan.


                                         Bekas buruh paksaan Jepun Che Hassan Bin Othman.

                     Kad pengenalannya dengan jelas tercatit tarikh lahirnya 31/10/1921.

Beliau menjelaskan, beliau telah dibawa oleh tentera Jepun ke Burma untuk bekerja sebagai buruh paksaan membuat landasan keretapi sekitar tahun 1942. Ketika itu beliau berumur 24 tahun. Sampai disana beliau dipaksa bekerja tanpa rehat. Sesiapa dikalangan buruh paksaan itu sakit atau tidak daya bekerja, buruh itu dibunuh oleh tentera Jepun bagi mengelakkan kerugian kepada pihak Jepun. Walau  pun kesusahan yang amat sangat ketika menjadi buruh paksaan, beliau berjaya juga harungi selama 4 tahun.

Akhirnya pada tahun 1946, beliau dengan nekadnya telah melarikan diri dari tentera Jepun dengan meredah hutan belantara. Seterusnya menaiki keretapi menuju ke Hadnyai. Dari Hadnyai naik keretapi lagi sehinggalah beliau tiba di Golok. Usaha melarikan diri itu memakan masa selama 2 bulan sehingga akhirnya beliau sampai ke kampong halamannya iaitu Kg Pahi, Kuala Krai Kelantan.

Sekembali di kampongnya beliau telah cuba bermacam pekerjaan, akhirnya beliau berjaya menjadi Polis. Beliau berkahwin dengan gadis sekampongnya dan dikurniakan dua orang anak perempuan. Sekarang ini beliau adalah seorang pesara Polis.

                                                        Kad ahli Persatuan Polis Malaysia.

Sekarang beliau menetap dikampung halamannya diKuala Krai bersama isterinya. Beliau masih sihat, masih boleh berjalan jalan, pendengaran dan penglihatannya masih jelas. Tetapi isterinya sekarang terlantar sakit stroke. Walau bagaimana pun, dalam usia2 emas ini beliau masih lagi dapat berbakti kepada anak bangsanya dengan mengajar membaca Alquraan. Anak2 muridnya terdiri dari anak2 sekolah dan ada juga orang2 dewasa.

Akhir kata aku sungguh bertuah kerana bertemu dengan warga emas ini yang penuh dengan pengalaman2 bersejarah. Semuga cerita2 beliau tadi dapat kita simpan dan hayati sejarah ini untuk kita bina masa hadapan anak cucu kita.

No comments:

Post a Comment