Saturday, March 26, 2011

Kesepian di Kuala Tembeling.

Setiap rakyat Pahang pasti mengetahui dimana terletaknya Kuala Tembeling dan peranan Kuala Tembeling kepada penduduk pendalaman saperti Ulu Tembeling, Kampung Bantal, Kampung Pagi dan sebagainya. Kuala Tembeling ada sebuah kampung didalam Daerah Jerantut dimana terdapatnya sebuah jeti sebagai pengkalan perhubungan penduduk pendalaman dengan dunia luar.



Pemandangan sungai di Kuala Tembeling dimana tempat pertemuan dua sungai iaitu Sungai Jelai dan Sungai Tembeling membentuk Kuala Tembeling. Air kedua dua sungai ini terus mengalir ke Sungai Pahang. Tenang saja, tidak ada kesebokan diwajahnya.


                                                             Jeti Kuala Tembeling.

                                                    Bangunan Pusat Khidmat Pelancong.

                                              Tangga yang digunakan untuk menuruni ke jeti.



                                          Persimpangan masuk ke Kompleks Jeti Kuala Tembeling.

Daripada gambar2 diatas menunjukkan Jeti Kuala Tembeling kesepian, tiada pengunjung, tiada pengguna jeti yang ternampak sama ada penduduk Ulu Tembeling yang berulang alik ke Bandar Jerantut atau pun pelancong2 yang berkunjung ke Kuala Tahan atau ke lain2 tempat dikawasan pendalaman. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh kerana penduduk Ulu Tembeling dan sekitarnya sudah boleh dikunjungi melalui jalan raya yang baru saja siap pembinaannya.

No comments:

Post a Comment