Sunday, December 18, 2011

Gotong Royong Bina Jalan Alternatif Taman Mutiara ke Masjid Sempam.












Sebahagian dari penduduk Taman Mutiara yang telah hazir bergotong royong.





 Inilah jalan alternatif yang telah siap dibina, diharap dengan jalan ini akan memudahkan penduduk Taman Mutiara dan sekitarnya datang beramai2 memakmurkan Masjid Sempam. Terima kaseh yang tidak terhingga kepada tuan tanah yang membenarkan jalan ini dibina dan allah saja yang dapat membalas budi baiknya.

Sunday, December 4, 2011

Kumpulan 'Harmoni Mesra' Penyeri Majlis Sekitar Raub.

Sebuah kumpulan nyanyian sedang meningkat naik namanya disekitar Daerah Raub, sering dijemput untuk menyerikan majlis2 keramaian saperti malis2 perkahwinan, majlis makan malam, majlis2 anjuran kerajaan dan lain2 keramaian. Mereka menamakan kumpulan ini 'HARMONI MESRA'.








                         





 Kumpulan ini berkebolehan menyanyikan berbagai lagu dan rentak saperti lagu2 asli, lagu2 rentak moden atau semasa dan juga lagu2 rock.

                                                         Anggota2 mereka terdiri daripada,

      Encik Amy Ibni selaku ketua kumpulan dan pemain alat2 bertiup spt sexaphone, trompet dan seruling.


En Abd Rahman selaku Pengarah Muzik kumpulan ini dan juga pemain organ.


Encik Azhar Ibni selaku pemain alat2 percussion.

                                           Encik Nor selaku pengacara dan juga penyanyi.


                                                               Encik Ismail - penyanyi.

                                           Cik Athirah - satu2nya penyanyi wanita kumpulan ini.

                                                                Pembantu Teknikal Muzik.



Mereka juga sering mengadakan latihan untuk memantapkan lagi persembahan mereka.


Jadi, jika ada sesiapa yang berhajat untuk mengundang kumpulan ini untuk menyeri majlis2 anda boleh berhubung dengan ketua kumpulan ini En cik Amy Ibni atau En Nor dipejabat Penerangan Daerah Raub.