Friday, September 23, 2011

Melemang



Sebut saja lemang semua orang tahu dan pernah merasainya. Pada musim perayaan saperti Hari Raya Aidulfitri, Hari Raya Aidul Adha, majlis2 keramaian saperti majlis kawin atau majlis tahlil dan pada cuti hujung minggu memang menjadi kemestian lemang mesti dicari. Ia adalah sejenis makanan tradisional orang2 Melayu sejak zaman berzaman, walaupun makanan orang Melayu tetapi orang2 Cina dan India juga sukakan nya. Oleh itu boleh juga kita gelarkan " LEMANG 1 MALAYSIA". Tetapi tidak semua orang pandai dan berkemahiran membuatnya kerana ia memerlukan kerajinan, kesungguhan, penuh tumpuan dan tahan panas bagi tempoh yang lama ketika kerja2 melemang. Dibawah ini dipaparkan gambar2 ketika proses melemang.



 Mencari dan memilih buluh lemang.




                                     
                                      Menebang dan memotong buluh lemang.




                           Buluh2 lemang dikumpul dan dibawa untuk pembersihan.


                                                 Buluh2 lemang dibersihkan.



                                 Buluh2 lemang sudah siap dan sedia digunakan.


                  Penyediaan beras pulut untuk melemang - beras dibasuh dan ditoskan.




Proses penyediaan daun pisang dan menyulur.
                                      
            Buluh lemang sudah siap dan sedia untuk memasukkan beras kedalamnya.


                                   Proses memasukkan beras kedalam buluh.


                                          Proses memasukkan santan.


                                     Proses pembakaran lemang pun bermula







Lemang yang sudah siap.


Kata orang lemang mesti dimakan dengan jodohnya, jodohnya paling serasi adalah 'Rendang' daging.

                                                         Menumis ramuan rempah rendang.


                                           Mengacau ramuan rendang setelah daging dimasukkan.


Rendang yang hampir masak.

Rendang yang telah siap dimasak.

Demikianlah serba sedikit yang dapat saya gambarkan proses pembuatan lemang. Semua gambar2 yang saya paparkan diambil semasa gotong royong menyedia makanan semasa warga Taman Mutiara 1 menyambut 'Hari keluarga dan sambutan Aidulfitri baru2 ini. Semoga amalan gotong royong saperti itu menjadi budaya dalam masyarakat kita, boleh merapatkan silatul rahim diatara seluruh warga Taman Mutiara 1. Hari2 biasa masing2 sebok dengan pekerjaan masing dan pada hari saperti inilah kita dapat berbual mesra, bertukar tukar pendapat dan bertanya khabar sesama kita. 

"BERSATU PASTINYA KITA TEGUH"


Sunday, September 18, 2011

Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan dan Hari Malaysia DiRaub.

Dibawah ini beberapa gambar yang sempat saya ambil semasa sambutan tersebut berlangsung diDataran Raub.

Barisan Kepimpinan Daerah dipentas utama.
                                     Pegawai Daerah menyampaikan ucapan Menteri Besar.


                                              Perbarisan kontijen2 dihadapan pentas utama.





















Penyampaian hadiah kepada pemenang kontinjen terbaik.

Pasukan Polis Diraja Malaysia Raub.


Pasukan BOMBA Raub.



Pasukan Majlis Daerah Raub.


Pasukan  Beruniform bukan kerajaan (NGO)


Persembahan Sajak Kemerdekaan.






Persembahan Koir Sekolah.







Ragam penonton.

Penonton patriotik.


Bersantai ditangga bangunan.

Bersantai ditempat yang disediakan.


Pasukan kontinjen bergambar kenangan dipentas utama.




Gaya seorang photografer.


Inilah sahaja gambar2 yang sempat dirakamkan ketika sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia peringkat Daerah Raub yang telah diadakan pada 16/9/2011 dipadang Dataran Raub. Semoga Raub akan menjadi Cemerlang, Gemilang dan Terbilang, maju aman dan makmur. Amin.