Wednesday, March 16, 2011

Sembahyang hajat, baca Yassin, tahlil dan doa selamat diDewan Serbaguna Kg. Sempam/Taman Mutiara.

Tanggal 6hb. March 2011 satu majlis Sembahyang hajat, bacaan Yassin, Tahlil dan doa selamat telah diadakan didalam Dewan Serbaguna Kg Sempam /Taman Mutiara  sebagai menandakan dewan tersebut sudah boleh digunakan oleh orang ramai.
Pada mulanya dewan ini dinamakan Dewan Serbaguna Taman Mutiara. Oleh kerana Taman Mutiara terletak dalam kawasan pentadbiran JKK Kg Sempam dan dewan ini ditadbirkan oleh JKK Kg Sempam, maka dewan ini dinamakan semula sebagai Dewan Serbaguna Kampong Sempam. Ini bermakna seluruh penduduk Kg Sempam boleh menggunakan dewan bagi menjalankan aktiviti mereka.



Gambaran Dewan Serbaguna Kg Sempam Baru atau Dewan Serbaguna Taman Mutiara pada waktu malam.


 Dimulai dengan sembahyang Maghrib dan sembahyang hajat secara berjemaah dan di imamkan oleh Ustaz Yahya.













                   Di ikuti dengan bacaan Yassin, Tahlil dan Doa selamat juga diketuai oleh Ustaz Yahya.










                                                      Di akhiri dengan jamuan makan malam.


Maka bermula dari saat ini  dewan ini boleh digunakan secara resminya dengan berbagai aktiviti kemasyaratan dan kegiatan sukan. Diantara aktiviti2 yang boleh dijalankan didewan ini ialah permainan badminton/sepak takraw, majlis2 kawin, majlis sosial serta majlis2 yang dianjurkan oleh kerajaan. Oleh itu sesiapa yang berminat menggunakan dewan untuk apa saja aktiviti bolehlah berhubung dengan pengurusan dewan ini atau berhubung terus dengan Tok Empat Kampung Sempam.

                                  Gelanggang permainan badminton yang terdapat didalam dewan ini.

No comments:

Post a Comment